SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG KAMI

PANDUAN PENTING MENGINDAHKAN SILING

ENAM PANDUAN PENTING MENGINDAHKAN SILING.

  •   Hiasan siling tidak sewajarnya melebihi keindhan bahagian lain di dalam rumah.
  •  Serlahkan idea kreatif yang berupaya mencuri tumpuan.
  •   Pilih unsur yang tahan lama dan tiada masalah penyelanggaraan supaya dapat menjimatkan kos.
  •   Jika suka menukar ganti gaya siling pilih bahan dan rekabentuk yang mudah di tanggalkan.
  •   Penggunaan kemasan berwarna menghadkan pilihan suai padan dengan warna unsur hiasan lain di dalam ruang.
  •   Jika tidak mahu menjejaskan kebebasan suai padan ,pilih warna neutral atau semulajadi untuk kemasan dinding.

PILIHAN BAHAN


MEDALION
  •   Hiasan bentuk bulat atau lonjong yang kelihatan timbu menjadi tempat menggantung lampu bagi menambahkan lagi   keanggunan ruang.
  •   Diperbuat daripada lepa dan boleh didapati dalam aneka bentuk serta ukuran.
  •   Boleh disusun dalam gaya tertentu seperti di sekeliling siling lalu di cat dengan warna bertentangan untuk membentuk motif geometri.
  •   Cat dengan warna lebih nipis atau lebih pekat daripada warna siling untuk menimbulkan kesan klasik.

CAT
  •   Pengunaan cat pelbagai warna  jarang dibuat pada masa dahulu,tetapi kini menjadi satu aliran.
  •   Cat rona gelap membuatkan ruang kelihatan lebih kecil manakala yang cerah memberikan kesan luas.
  •   Boleh juga mengecat corak sempadan di sekeliling perimeter siling bagi memperlihatkan ilusi lebih luas.
  •   Jika siling tinggi, cat bahagian tengah dengan warna gelap untuk mengimbangi latar putih.


PANEL
  •   Tambahan panel tertentu seperti kayu,kaca,damar dan keluli adalah semata-mata sebagai penyeri atau untuk melindungi cela pada permukaan siling.
  •   Kelebihan kayu ialah boleh dicat dengan warna pilihan masing-masing.
  •   Boleh dibentuk mengikut corak atau motif tertentu seperti alunan ombak dan aliran air yang membentuk keunikan.
  •   Untuk tampil bergaya bolehlah digandingkan dengan kemasan lain yang membentuk corak tertentu seperti dam dan garisan selari.
  •   Boleh dipasang di sekeliling perimeter siling untuk mewujudkn sempadan.

MURAL DAN KERTAS DINDING


  •   Ini juga satu cara kreatif,jika tidak berbakat melukis eloklah upah pakar untuk mewarnakan dan mencorakkan siling.
  •   Jika inginkan kaedah lebih mudah,tampal sahaja siling dengan poster berwarna yabg coraknya Nampak seperti mural.
  •   Ada juga kertas dinding tebal berwarna putih dan krim yang kelihatan seperti siling lepa.