SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG KAMI

KEGUNAAN SILING KAPUR

Siling kapur juga dikenali dengan pelbagai nama di kalangan masyarakat kita.antaranya ialah siling lepa,siling plaster,siling putih,siling cantik,dan sebagainya.pun begitu,hakikatnya ia adalah salah satu jenis siling yang boleh digayakan sebagai elemen dekorasi ruang dalaman anda.
                Siling secara umumnya adalah permukaan pada paras atas dinding yang dibuat untuk menutup struktur bumbung atau lantai pada tingkat atas atau juga bahagian2 tertentu yang dirasakan perlu bagi konsep dekorasi anda.siling bukanlah  sebahagian daripada struktur sesebuah bangunan.bagaimanapun ia boleh membantu mengurangkan suhu dalaman ruang akibat daripada haba pancaran sinaran matahari daripada bumbung.
                Kini,siling kapur bukan sahaja boleh digunakan pada rumah kediaman, malah turut digunakan di lain2 jenis bangunan seeperti bangunan komersial,hotel dan sebagainya.pun begitu,penggunaan siling kapur hharus disesuaikan denga fungsi dan saiz  sesuatu ruang agar siling kapur tampak padan dengan reka bentuk dan fungsinya.dalam proses pemasangan siling kapur laimnya ia dianggap antara kemasan terakhir dalam sesebuah proses pembinaan.apabila sesuatu projek itu siap sekitar80 hingga 90%,termasuk setelah pendawaian dilakukan,barulah siling kapur akan dipasang.