- Hiasan siling tidak sewajarnya melebihi keindhan bahagian lain di dalam rumah.
- Serlahkan idea kreatif yang berupaya mencuri tumpuan.
- Pilih unsur yang tahan lama dan tiada masalah penyelanggaraan supaya dapat menjimatkan kos.
- Jika suka menukar ganti gaya siling pilih bahan dan rekabentuk yang mudah di tanggalkan.
- Penggunaan kemasan berwarna menghadkan pilihan suai padan dengan warna unsur hiasan lain di dalam ruang.
- Jika tidak mahu menjejaskan kebebasan suai padan ,pilih warna neutral atau semulajadi untuk kemasan dinding.
PILIHAN BAHAN
MEDALION
- Hiasan bentuk bulat atau lonjong yang kelihatan timbu menjadi tempat menggantung lampu bagi menambahkan lagi keanggunan ruang.
- Diperbuat daripada lepa dan boleh didapati dalam aneka bentuk serta ukuran.
- Boleh disusun dalam gaya tertentu seperti di sekeliling siling lalu di cat dengan warna bertentangan untuk membentuk motif geometri.
- Cat dengan warna lebih nipis atau lebih pekat daripada warna siling untuk menimbulkan kesan klasik.
CAT
- Pengunaan cat pelbagai warna jarang dibuat pada masa dahulu,tetapi kini menjadi satu aliran.
- Cat rona gelap membuatkan ruang kelihatan lebih kecil manakala yang cerah memberikan kesan luas.
- Boleh juga mengecat corak sempadan di sekeliling perimeter siling bagi memperlihatkan ilusi lebih luas.
- Jika siling tinggi, cat bahagian tengah dengan warna gelap untuk mengimbangi latar putih.
PANEL
- Tambahan panel tertentu seperti kayu,kaca,damar dan keluli adalah semata-mata sebagai penyeri atau untuk melindungi cela pada permukaan siling.
- Kelebihan kayu ialah boleh dicat dengan warna pilihan masing-masing.
- Boleh dibentuk mengikut corak atau motif tertentu seperti alunan ombak dan aliran air yang membentuk keunikan.
- Untuk tampil bergaya bolehlah digandingkan dengan kemasan lain yang membentuk corak tertentu seperti dam dan garisan selari.
- Boleh dipasang di sekeliling perimeter siling untuk mewujudkn sempadan.
MURAL DAN KERTAS DINDING
- Ini juga satu cara kreatif,jika tidak berbakat melukis eloklah upah pakar untuk mewarnakan dan mencorakkan siling.
- Jika inginkan kaedah lebih mudah,tampal sahaja siling dengan poster berwarna yabg coraknya Nampak seperti mural.
- Ada juga kertas dinding tebal berwarna putih dan krim yang kelihatan seperti siling lepa.