SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG KAMI

PEMILIHAN DAN PEMASANGAN SILING KAPUR

Dalam menggunakan siling kapur,ada beberapa perkara yang anda patut tahu.
  1. Siling plaster sangat sensitive pada air atau keadaan yang lembab dan basah.oleh itu,sentiasa elakkan daripada memasangnya berdekatan sumber atau paip air.
  2. Anda harus tentukan ketinggian dari paras siling asal ke lantai sekurang-kurangnya kira-kira Sembilan kaki supaya siling plaster tampak sesuai dengan ruang anda selain memudahkan kerja pemasangan.
  3. Pastikan juga keluasan saiz ruang dalaman. Saiz ruang haruslah sesuai dengan jenis siling  yang dipilih. contohnya ,jika saiz ruang kecil dan sempit,siling rata sangat sesuai digunakan.
  4. Untuk memastikan siling kapur kekal lama dan berpanjangan,gantikan kemasan cat putih setiap 5 tahun sekali.
  5. Untuk memasang penghawa  dingin built in,pastikan terdapat lubang disediakan bersekatan denganya untuk kerja-kerja penyelenggaran kelak.