SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG KAMI

SEJARAH RINGKAS SILING KAPUR

Lazimnya satu ketika dahulu,siling kapur sering dikaitkan dengan rumah golongan berada.mungkin ada kebenaranya lantaran kosnya yang mahal membuatkan tidak ramai yang mampu untuk memilikinya.mengikut catan sejarah,pembuatan siling kapur terawal telah ditemui dalam masyarakat  Ain Ghazal di Jordan sekitar 7500 tahun sebelum masihi.
                Teknologi yang digunakan ketika itu adalah berasaskan kepada penggunaan campuran limau dengan batu kapur yang dihancurkan untuk menghasilkan satu lepaan bagi  menutup dinding,lantai dan pendiang api kediaman mereka.sementara itu,tamadun cina dan india pula mencatatkan penggunaan siling kapur berasaskan gypsum bagi menyeliputi permukaan batu kasar atau dinding batu lumpur.
                Meyoroti  perkembangan peggunaan siling kapur di Negara kita,ia bermula ketika era colonial lagi.pada ketika itu,ia dibawa masuk oleh penjajah british bersama rekaan dan teknologi mereka.penggunaan siling kapur merupakan sebahagian dari seni bina colonial ketika itu.contoh rumah dan bangunan seperti banyak terdapat di pulau pinang dan kuala lumpur.